PAKEJ PERCUTIAN KE MEDAN [4 HARI 3 MALAM]



Harga Dalam Ringgit Malaysia (MYR)
Hotel
No of Pax (Private Tour)
3 Star
4-15
16-29
>30
HOTEL + PENGANGKUTAN + MAKAN +  TIKET LAWATAN
740
720
700
*Team Leader / Introducer layak mendapat pengecualian daripada kos Ground
*Rundingan harga masih boleh dilakukan. Sila berhubung terus dengan pihak Kembara Emas Tour & Services.
*Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kembara Emas Tour & Services.

Jadual Lawatan (Itinerary)

Hari 1 : MEDAN – PARAPAT
 ( M. Tengahari/ M. Malam )

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia,  anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke restoran tempatan untuk menikmati makan tengah hari. Kemudian anda terus dibawa ke hotel penginapan untuk check-in.  Selepas itu kami membawa anda ke Parapat, Danau Toba yang merupakan antara danau volkanik yang terbesar di dunia melalui Tebing Tinggi. Perjalanan ke Parapat diteruskan dan check-in di hotel penginapan selepas tiba. Makan malam disediakan di hotel penginapan.


Hari 2 : DANAU TOBA - BERASTAGI
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi di hotel dan check-out, anda akan dibawa melawat Pulau Samosir untuk melihat budaya dan kehidupan suku kaum Batak. Kemudian ke Perkampungan Ambarita sebelum pulang ke Parapat dan makan tengah hari di restoran tempatan. Pada petangnya, anda akan ke Berastagi yang terkenal dengan tanaman pelbagai jenis bunga, sayuran dan buah-buahan. Anda akan dibawa berehat sebentar di Pergunungan Simarjunjung dan Perkampungan Tongging untuk melihat Air Terjun Sipiso Piso setinggi 120 meter. Perjalanan diteruskan ke Berastagi dan check-in hotel  di Berastagi. Makan malam disediakan di hotel penginapan.


Hari 3 : BERASTAGI – MEDAN
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi, anda akan di bawa melawat Pergunungan Gundaling untuk melihat pemandangan Gunung Sinabung dan Sibayak. Selepas membeli belah di pasar bunga dan buah-buahan tempatan, anda akan dibawa ke Medan melalui Resort Sembahe. Setibanya di Medan, anda akan ke Mary’s Shrine Annai Velangkanni, Mesjid Raya dan Istana Maimoon. Kemudian anda akan dibawa check-in ke hotel penginapan di Berastagi. Aktiviti bebas pada waktu malam.


Hari 4 : MEDAN
(Sarapan/M. Tengahari)

Selepas bersarapan dan check-out dari hotel penginapan, anda dibawa membeli-belah dan berjalan-jalan di Medan dan sekitarnya sehinggalah 2 jam sebelum waktu penerbangan pulang anda ke Malaysia.


Nota :
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Jadual program tertakluk pada perubahan semasa
  • Semua kategori hotel yang dinyatakan adalah standard sahaja
  • Pengesahan bergantung kepada jumlah bilik yang ada
  • Kami mencadangkan anda membeli insurans perjalanan dari pihak kami

Harga Termasuk :
  • 3 Malam Penginapan di Hotel terpilih
  • Sarapan & Makan Tengahari & Makan Malam (Hidangan Halal) seperti di dalam program
  • Pengangkutan private yang berhawa dingin
  • Pemandu Pelancong yang berpengalaman berbahasa Inggeris dan Melayu
  • Hidangan setiap jadual di restoran tempatan
  • Bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam program
  • Tips untuk pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk :
  • Tiket penerbangan
  • Insurans Perjalanan (Dicadangkan untuk membeli insurans daripada pihak kami)
  • Perbelanjaan Peribadi (Bar, Room Servis, Dobi, Telefon etc)