PENGENALAN

Kembara Emas Tour & Services merupakan anak syarikat Kembara Ilmu World Services ( No Pendaftaran: 001949479-M ) yang terlibat dalam bidang pelancongan, pengurusan acara di dalam dan luar negara, jururunding perniagaan dan dagangan. Pejabat Urusan Kembara Emas Tour & Services terletak di No 9-1, Tingkat 1, Jln 2/112F, Off Jln Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.

En Nor Azizan Bin Adnan yang merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat bersama rakan kongsinya, mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan percutian samada di dalam mahupun luar negara. Kami mempunyai rangkaian perhubungan yang luas di mana kami mempunyai rakan perniagaan tempatan di setiap destinasi yang ditawarkan demi memastikan keselesaan, kepuasan dan jaminan keselamatan untuk anda.

Kami menjalankan perniagaan berkonsepkan "Online & Offline Travel Service" di mana kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh mengenai pelancongan di dalam dan luar negara. Konsep ini menyediakan layanan kelas pertama kepada anda. Pihak Kembara Emas Tour & Services akan bertemu terus dengan anda dengan dokumen yang lengkap jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang, Seremban dan Melaka. Bagi anda yang tinggal di luar kawasan tersebut, jangan khuatir kerana anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Hal ini memudahkan pelanggan dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk datang ke pejabat urusan kami.

KELEBIHAN KAMI

Kesemua pakej kami AMAT BERPATUTAN kerana pihak syarikat telah mempunyai pengalaman yang lama menguruskan setiap destinasi yang ditawarkan. oleh hal demikian, hubungan yang baik telah lama terjalin dengan agensi pelancongan, pengusaha hotel, pengangkutan dan restoran tempatan. Atas dasar itulah Kembara Emas Tour & Services dapat memberikan para pelanggan harga pakej PALING MURAH di pasaran tanpa memberi kompromi kepada kualiti percutian anda.