PAKEJ PERCUTIAN JAKARTA – BANDUNG [4 HARI 3 MALAM]

Harga Dalam Ringgit Malaysia (MYR)
Hotel
No of Pax (Private Tour)
3 Star
2-4
5-7
8-12
13-18
19-26
> 27
HOTEL + PENGANGKUTAN + MAKAN +  TIKET LAWATAN
740
720
700
680
660
640
*Team Leader / Introducer layak mendapat pengecualian daripada kos Ground
*Rundingan harga masih boleh dilakukan. Sila berhubung terus dengan pihak Kembara Emas Tour & Services.
*Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kembara Emas Tour & Services.

Jadual Lawatan (Itinerary)

Hari 1 : JAKARTA - BANDUNG 
( M. Tengahari/ M. Malam )

Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,  anda akan disambut oleh wakil kami dan anda terus dibawa ke hotel penginapan untuk check-in.  Selepas itu kami membawa anda membeli-belah di rangkaian butik pakaian sekitar Jalan Dago seperti Grande, Episode, Edward Forrer dan sebagainya. Anda juga akan dibawa berjalan-jalan di sekitar Ciwalk Street. Anda akan dibawa menikmati makan tengah hari dan malam di restoran tempatan.


Hari 2 : BANDUNG – Tangkuban Parahu dan Ciater Hot Spring 
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa melawat ke Tangkuban Parahu  yang merupakan salah sebuah tempat pelancongan menarik di Indonesia. Nikmati pemandangan menarik gunung berapi yang indah dan abadikan kenangan indah di sana. Kemudian ke Ciater Hot Spring untuk merasai kesegaran air panas daripada gunung dengan suhu yang berbeza-beza. Dalam perjalanan pulang, anda akan dibawa ke ladang the dan strawberi untuk menikmati kehijauan semula jadi di Bandung. Pada petangnya anda dibawa membeli-belah lagi di Toko Tiga dan rangkaian butik sekitar Jalan Setiabudhi seperti Rumah Mode, Mode Plus, Natural, Donatello dan banyak lagi. Pada sebelah malam, anda diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kehidupan malam di kota Bandung di sekitar Jalan Braga dengan bantuan pemandu pelancong.


Hari 3 : BANDUNG 
(Sarapan/M. Tengahari/ M. Malam)

Selepas sarapan pagi, anda akan di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Bandung seperti Masjid Agong, Gedung Sate dan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar Jalan Asia-Afrika. Seterusnya anda akan dibawa membeli-belah di PASAR BARU, sebuah destinasi wajib pergi jika anda ke Bandung. Kemudian ke Jalan Cibaduyut yang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan kulit yang asli. Anda akan dibawa juga ke Kartika Sari untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Anda juga akan berjalan-jalan di rangkaian butik di sekitar Jalan Riau seperti Heritage, Cascade, Summit, Renarity,  China Emporium, Terminal Tas, Galeri for Men, BABE, Base dan sebagainya.


Hari 4 : BANDUNG – JAKARTA 
(Sarapan/M. Tengahari)

Selepas bersarapan dan check-out dari hotel penginapan, anda dibawa terus ke Jakarta untuk membeli-belah di Mangga Dua, Tanah Abang dan sekitarnya sehinggalah 2 jam sebelum waktu penerbangan pulang anda ke Malaysia.


Note :
  • Harga tertakluk kepada perubahan semasa.
  • Jadual program tertakluk pada perubahan semasa
  • Semua kategori hotel yang dinyatakan adalah standard sahaja
  • Pengesahan bergantung kepada jumlah bilik yang ada
  • Kami mencadangkan anda membeli insurans perjalanan dari pihak kami

Harga Termasuk :
  • 3 Malam Penginapan di Hotel terpilih
  • Sarapan & Makan Tengahari & Makan Malam (Hidangan Halal) seperti di dalam program
  • Pengangkutan private yang berhawa dingin
  • Pemandu Pelancong yang berpengalaman berbahasa Inggeris dan Melayu
  • Hidangan setiap jadual di restoran tempatan
  • Bayaran masuk seperti yang dinyatakan dalam program
  • Tips untuk pemandu pelancong

Harga Tidak Termasuk :
  • Tiket penerbangan
  • Insurans Perjalanan (Dicadangkan untuk membeli insurans daripada pihak kami)
  • Perbelanjaan Peribadi (Bar, Room Servis, Dobi, Telefon etc)