HOMESTAY





HOMESTAY PUNCAK ALAM(SELANGOR)



Terletak berhadapan pintu masuk UiTM & Mc Donald Puncak Alam.


Lokasi sangat strategik untuk penginapan - hampir dengan segala kemudahan (3 minit berjalan kaki) ke Surau, Kedai 7-Eleven, Hardware, Restoran, Klinik, Mini Market dll)
Hampir dengan kawasan pusat perniagaan Alam Jaya (5 minit - ke Econsave, Bank dll)Perjalanan mudah ke pusat bandar Shah Alam, Sg. Buluh, Meru, Kapar dan kawasan sekitar.
Kemudahan rumah:4 bilik tidur (3 bilik dengan air-cond). Berpagar tembok batu keliling rumah & grill)Peralatan disediakan:1. Perabut - Sofa, Katil, almari dll2. Kitchen kabinet3. Peralatan elektrik - TV,Peti Ais, Mesin Basuh, Toaster, Rice Cooker, Dapur masak dll
Kadar Sewa Semalam:Pakej Kenduri, Tunang, MLM dll = RM200.00
Pakej Keluarga = RM180.00 (penginapan >3mlm ada diskaun)
Masa Check in 12.00tgh - Check out 2.00ptg esoknya.

HOMESTAY CHANGLUN(KEDAH)










Kami menyediakan perkhidmatan rumah penginapan "bajet" (Homestay Bajet) untuk kemudahan penginapan sekeluarga. Perkhidmatan kami amat sesuai untuk kemudahan keluarga yang mementingkan "bajet" semasa bercuti, majlis konvokesyen UUM, kenduri-kendara, dan sebagainya.

Lokasi rumah penginapan kami terletak di Pekan Changlun, Kedah amat sesuai untuk kemudahan anda sekeluarga. Kedudukan rumah penginapan kami adalah amat mudah dicari kerana terletak berhampiran Pekan Changlun iaitu pekan yang terakhir sebelum Bandar Bukit Kayu Hitam yang menjadi penghujung sempadan Malaysia-Thailand.



Kedudukan Pekan Changlun juga adalah strategik dan berhampiran dengan beberapa IPTA di sekitar Pekan Changlun, Kedah. Antaranya ialah Universiti Utara Malaysia (UUM-jarak 8km), Kolej Matrikulasi Changlun (KMC-jarak 2km), Kolej Pertanian Bukit Tangga (jarak 11km), Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP-jarak 9km), Politeknik Syed Sirajuddin Ulu Pauh, Perlis (jarak 11km), Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis (UITM Arau-jarak 25km), Maktab Rendah Sains Mara Ulu Pauh (MRSM-jarak 11km).

Kemudahan yang terdapat pada rumah penginapan ini adalah lengkap dengan perabot,TV (Astro), 3 bilik tidur (1 bilik dilengkapi Air-Cond), 1 bilik air dan 1 bilik mandi berasingan, periuk nasi elektrik, cerek elektrik,sterika dan papan gosok. Rumah teres lot tepi (end lot) blh parkir sebelah tepi jika datang lebih dari 1 kereta.
Jika anda bercadang ke Hatyai(Thailand) rumah penginapan kami amat sesuai untuk anda sekeluarga untuk beristirehat sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Jika anda bercadang ke Langkawi, rumah penginapan ini juga boleh menjadi tempat persinggahan untuk anda sekeluarga kerana perjalan untuk ke Jeti Ferri Langkawi cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja dari Pekan Changlun.


Harga = RM 120 semalam